Tuesday, 3 January 2017

7 Kunci kebahagiaan

*7 KUNCI KEBAHAGIAAN*
_(Oleh : Ali Bin Abi Thalib RA)_

1. Jangan membenci sesiapapun, walaupun ada yang menyalahi hakmu.

_(Memaafkan tidak mengurangkan apa2 malah bertambah mulia)_

2. Jangan pernah bersedih secara berlebihan, sekalipun engkau sedang memiliki masalah yang sangat besar...

_(Laa tahzan innallaha ma'ana)_attaubah 40.

3. Hiduplah dalam kesederhanaan sekalipun engkau serba mewah...

_(Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai. QS.31:19)_

4. Berbuatlah kebaikan sekalipun engkau sedang banyak musibah.

_Jika kamu berbuat baik (bererti) kamu berbuat baik bagi dirimu sendiri dan jika kamu berbuat jahat, maka (kejahatan) itu bagi dirimu sendiri,..._ (QS.17:7)

5. Perbanyakkanlah memberi walaupun engkau sendiri sedang susah.

_(iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan._
(QS.3:134)

6. Tersenyumlah walaupun hatimu sedang menangis.

_Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar._ (QS.2:155)

7. Dan Janganlah bosan mendoakan untuk saudara mukmin lain.

_Ya Tuhanku! Ampunilah aku, ibu bapakku, orang yang masuk ke rumahku dengan beriman dan semua orang yang beriman laki-laki dan perempuan. Dan janganlah Engkau tambahkan bagi orang-orang yang zalim itu selain kebinasaan"._
(QS.71:28)

_*Semoga bermanfaat dan menjadi pesona akhlak kita*

_Aamiin

Sabar ketika sakit...

Sabar ketika sakit...

1. Sakit dan penyakit itu sudah merupakan ketentuan Allah SWT.
Setiap orang yang beriman wajib menyakini bahawa sakit dan penyakit itu datangnya dari Allah SWT yang sudah ditentukan, tanpa izinNya tidak akan terjadi. Allah SWT berfirman dalam Surah At-Taubah, ayat 51:

قُل لَّن يُصِيبَنَا إِلَّا مَا كَتَبَ اللَّهُ لَنَا هُوَ مَوْلَانَا وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ
Katakanlah (wahai Muhammad): “Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal”.

2. Allah lebih menyayangi kita berbanding diri sendiri.
Bagi orang yang beriman, musibah yang menimpa berupa sakit/penyakit merupakan tanda kasih dan sayang Allah kepada kita kerana dengan sakit atau penyakit tersebut akan lebih mendekatkan kita kepada Allah SWT.

3. Allah SWT lebih mengetahui yang terbaik kepada hambaNya.
Setiap sesuatu yang berlaku dalam kehidupan manusia sehari-hari pasti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Begitupun dengan diberinya kita sakit/penyakit, jika kita menghayati secara betul-betul, sebenarnya ada hikmah di sebalik sakit/penyakit tersebut. Sama ada kita mengetahui atau tidak hikmah tersebut.

4. Allah SWT memberi sakit dan penyakit tersebut untuk menguji kesabaran kita.
Sakit/penyakit yang ditimpakan Allah kepada manusia, sebenarnya untuk menguji kesabaran manusia. Kerana dengan sakit/penyakit akan mengajar erti kesabaran serta menjadikan manusia lebih bersabar dalam menjalani kehidupan. Kerana sabar merupakan tanggungjawab ubudiyah seseorang ketika berada dalam kesenangan dan kesempitan.

5. Allah SWT menghendaki kebaikan pada diri kita dengan sakit dan penyakit.
Jika kita ditimpa sakit atau penyakit jangan hanya memandang sisi negatifnya, akan tetapi pandanglah sisi positifnya. Di antaranya ialah mungkin sakit atau penyakit tersebut bertujuan untuk mengangkat darjat dan kedudukan kita di sisi Allah SWT. Atau mungkin sakit tersebut bertujuan untuk menghapuskan dosa masa lalu kita.

6. Sakit dan penyakit merupakan tanda cinta Allah SWT kepada kita.
Ingatlah bahawa sakit atau penyakit yang ditimpakan Allah kepada makhluknya menunjukkan tanda cinta Allah kepada hambaNya. Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya besarnya pahala tersebut disertai dengan besarnya cubaan dan sesungguhnya jika Allah mencintai sesuatu kaum, maka Allah akan mencuba mereka. Barang siapa yang redha, maka Allah SWT pun redha, barang siapa yang murka, maka baginya kemurkaan Allah swt (HR Tirmidzi dan Ibnu Majah).

PEMBETULAN Cara mencuci kemaluan/NAJIS dengan betul.


     
   
         Sememangnya, kita mencuci dengan bersih tapi bersih bukan bermakna cara kita tu betul.
Penting untuk kita pastikan diri kita bersih terutamanya di bahagian sulit. Selain untuk menjaga kesihatan ia juga penting untuk memastikan amal ibadat kita seharian di terima.
Kenapa penting untuk kita bersihkan kemaluan kita dengan betul?

        Ramai orang merasakan diri mereka cukup bagus dengan banyak amal ibadah bersedekah dan lain lain tetapi masih tidak terlepas dari azab api neraka.
Saidina Abu Bakar pernah hendak menyembahyangkan mayat seorang lelaki tetapi tiba-tiba tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan lelaki itu. Lalu disuruhnya orang membukanya. Alangkah terkejutnya apabila seekor ular sedang melilit kepala kemaluan mayat lelaki itu.

       Saidina Abu Bakar mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk membunuhnya.
Tetapi ular itu tiba2 berkata-kata, katanya ”Apakah salahku kerana aku diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan” Diselidiki amalan lelaki itu semasa hayatnya, jelas dia merupakan orang yang mengambil ringan dalam hal menyucikan kemaluannya setelah selesai membuang air kecil.

      Jadi macam mana kita nak bersihkan diri dengan cara yang betul? Lelaki dan wanita berbeza caranya. Bukan basuh sekadar dengan air dan asalkan bersih je. Ada caranya…

Lelaki PEMBETULAN

     Selepas membuang air kecil, disunatkan berdehem dua atau tiga kali supaya air kencing betul betul sudah habis keluar. Lepas itu urutlah kemaluan dari pangkal ke hujung beberapa kali sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran. Kemudian basuhlah dengan air.

Kaum wanita pula:

     Apabila membasuh kemaluannya KERANA BUANG AIR KECIL ATAU JANABAH, pastikan dicucikan bahagian dalam dengan MENERANG SEDIKIT AGAR TERBUKA BIBIR FARAJ KEMUDIAN dilalukan air bersih. Bukan dengan hanya menyimbahkan air semata-mata. Jika dengan melalukan air sahaja ia tidak membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita yang berbibir itu. JIKA MENGANGKAT HADAS SEPERTI MANDI WAJIB KERANA HAID ATAU NIFAS, WAJIB BAGI PEREMPUAN MEMASUKAN SEDIKIT KAPAS PADA LUBANG FARAJ SEKADAR HUJUNG JARI TELUNJUK, DAN DIPUSINGKAN UNTUK MEMASTIKAN BAHAGIAN DALAM LUBANG FARAJ BENAR-BENAR SUCI DARI SEBARANG KOTORAN 

 # BOLEH RUJUK KITAB HIDAYATUS SALIKIN PADA BAB CARA MENYUCIKAN HADAS

PENTING SANGAT. PEMBETULAN,

Monday, 2 January 2017

Kalimat La Ilaha Illa Allah


🌥⛅🌤🌤☀Barangsiapa yang mengucapkan kallimat tahlil semasa hidupnya maka الله Allah haramkan jasadnya dari api neraka, hal tersebut sesuai dengan sabda Nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan oleh Itqan baginda bersabda,  

Sesungguhnya الله  Allah mengharamkan api neraka bagi orang yang mengatakan La Ilaha Illa Allah لا إله إلا الله  semata-mata kerana mengharapkan (keredhaan) الله  Allah SWT.” (HR. Bukhari dan Muslim).

Dalam hadis lain, sebagaiman diriwayatkan oleh Abu Said al Khudri, Rasullah bersabda,

“Musa berkata, ‘Duhai Tuhanku ajarilah aku sebuah kalimat yang denganya aku berzikir dan berdoa kepada mu.’ Kemudian الله Allah berfirman, ‘Wahai Musa, katakanlah kalimat لا إله إلا الله La Ilaha Illa Allah.’ Kemudian Musa berkata lagi , “Tuhanku semua hamba Mu mengucapkan kalimat ini.’ Kemundian الله Allah berfirman,’ Wahai Musa seandainya 7 lapis langit dan penghuninya - selain Aku (الله )- dan 7 lapis bumi diletakkan di atas sebuah daun, sedangkan kalimatلا إله إلا الله  La Ilaha Illa Allah pada daun yang lainnya, maka nescaya timbangan kalimat لا إله إلا الله La Ilaha Illa Allah lebih berat timbangannya.” (HR.Ibnu Hiban dan al-Hakim)

Hadis tersebut menjelaskan bertapa kalimat tahlil bila diucapkan dengan begitu khusyuk, penghayatan, dan mengharapkan keredahaan الله  Allah SWT mempunyai pahala sangat besar sampai diibaratkan andai beratnya pahala mengucapkan kalimat tahlil tadi dibandingkan dengan berat 7 lapis bumi dan langit maka nescaya timbangan kalimat tahlil jauh lebih berat dari itu

Tak dapat terbayangkan betapa dahsyat pahala membaca kalimat suci ini. Kemuliaan lain dari kalimat ini, ia juga mampu menjadi perisai bagi pembacanya dari pedihnya seksa neraka. Subhanalllah . Wallahuallam☀🌤⛅🌥🌥🌙 #Sharing_is_caring

Rahsia Garam


RAHSIA GAŔAM

*SIHIR atau SANTAU dpt di halang dgn MENGAMALKAN GARAM mengikut cara NABI SAWﷺ 

~ Sebelum makan Nabi ﷺ letak secalit garam di lidah Utk elak santau dan tapis makanan yg akan di makan.

~ Sampai di tempat baru, Nabi Saw ambil garam dulu Utk sesuaikan hormon terlebih di tempat baru.
~ Untuk ubat penyakit rohani, air perlu di campur garam terutama sihir dan santau. Kenapa ye? Allah swt dah cipta garam untuk penarik toksid/asid/racun dlm darah atau tubuh dan juga penarik unsur² negatif.

~ Pengamal² Perubatan Islam. Utk bersih rumah atau pagar rumah perlu tabur garam di sekeliling rumah.

~ Garam juga unsur yang boleh 'balance' balik sistem tubuh kita.

~ Garam boleh jadi rosak apabila dimasak atau bertindakbalas dgn suhu yang tinggi/panas, maksudnya kalau nak masak. Guna garam bukit dan jangan bubuh garam masa makanan menggelegak atas dapur. Tutup api dan biar suhu turun dulu, baru letak GARAM.

~ Kita panggil bubuh garam atas darat macam Org² arab buat. Bubuh garam masa nak makan. Sebab? Garam ada SODIUM dan POTASSIUM.. Tubuh perlu potassium lebih. Kalau panas garam hanya tinggal sodium, POTASSIUM ROSAK dlm SUHU panas. Sebab tu kena darah tinggi.

~ Selok-eloknya di tmpt makan sentiasa ada mangkuk kecil garam dan sunnah Rasulullah ﷺ mencalit secubit garam mggunakan jari kelingking kanan dan dletakkan ke lidah bahagian depan. Ianya akan mngaktifkan kelenjar enzim penghadaman.

Khasiat Garam dalam Perubatan Islam ada beberapa PETUA penggunaannya.

1. Merendam kerang supaya hilang tahinya. Dlm kaedah perubatan Islam, sesuatu perkara yg buruk diubat dgn asalnya. Kerang berasal dari laut dan garam digunakan Untuk meneutralkan keburukannya (tahi).

2. Mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yg terlalu masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya dgn merendam dlm air garam juga.

3. Mengubat gout. Gout disebabkan pemakanan makanan laut yg berlebihan. Org yg tinggal berhampiran pantai boleh menanam badan dlm pasir laut. Bagi mereka yg tinggal di bandar, garam KASAR digoreng dan didemahkan di tmpt sakit ketika GARAM masih PANAS.

4. Merawat cirit-birit.: Minum air yg dicampur sedikit garam.

5. Merawat mabuk perjalanan. Utk merawat mabuk perjalanan, garam dicampur madu dan air lalu di minum sblum memulakan perjalanan.

6. Garam diguna Utk merawat kegatalan. Air yg dicampur garam disapukan pd kulit yang gatal.

7. Menambah IMUNITI badan akibat perubahan hawa/angin. Hal ini berlaku di sesetengah tmpt di negeri Arab. Misalnya pelajar Malaysia yg berkunjung ke Arab akan mgalami alahan thdp hawa/angin tmpt baharu. Air garam diminum sbgi ubatnya... ماشآءالله 

8. Mghilangkan penat krna kerja berat. Amalan Orang-orang Melayu tradisional yg bertani, bersawah atau bertukang ialah meminum air sejuk yg dicampur garam.
Perhatikan air 100 plus atau air isotonic sekarang ini di pasaran kesemuanya bergaram..!
Betulkan?... سُبْحَانَ اللهِ

9. Mengelak SIHIR/gangguan JIN bagi mereka yg bermalam di hutan. Garam adalah sumpahan jin. Garam yg dibaca padanya dgn 
Al-Fatihah (sekali) dan ayat al-Kursi (ayat 255 surah al-Baqarah – 7 kali) ditabur di sekeliling khemah.
لٓاحٓوْلٓ وٓلَا ٓقُوَّةٓ إِلاَّبِاالله

10. Mengelak gangguan syaitan/jin kepada bayi. Ada ketikanya bayi kerap menangis waktu malam. Untuk mengatasi masalah ini, GARAM dicampur dgn bawang Merah, bawang Putih dan Lada hitam. Campuran itu diletak dlm gelas/cawan/bekas yg terbuka. Bekas itu diletakkan di bhgian kepala bayi.

11. Mengubat Org yg diganggu jin. Bagi Org dewasa yg dikhianati (disihir), cara mgubatnya ialah dgn meletakkan garam yg dibaca al-Fatihah di perdu lidah. Perdu lidah ialah bhgian bawah lidah yg apabila diangkat akan nampak urat hijau lidah. Dan buat Mandian air bercampur Garam yg di Rukyah (doa).
اَللهُ اكبر..!

Semoga bermanafaat.
ْ إنْ شَآءَالله  ..آمــــــــــينَُ يَا رَبَّ الْعَالَمِين 

GARAM: Penyembuh@Pembunuh?

Nabi ﷺ bersabda:
"Sebaik² LAUK adalah GARAM"
(Al-baihaqi)

GARAM bukanlah penyebab penyakit, malah ubat yang paling mujarab SEKIRANYA diambil dengan cara yang betul..!

GARAM TIDAK BOLEH DIMASAK..!

KESILAPAN kita (kebanyakkan Orang² Melayu) ialah kita memasak garam iaitu memasukkan garam ke dlm masakan ketika masakkan sedang MENDIDIH/PANAS.

Ini akan menyebabkan GARAM mjadi RACUN/TOKSIK.

Garam, bahasa saintifiknya adalah SODIUM.

 Jika GARAM dimasak dengan cara yang tak betul (seperti diatas) ia akan menyababkan nya berasid dan membahayakan kesihatan serta mengundang pelbagai penyakit.
~♡☆♡☆♡☆
CARA yang betul PENGGUNAAN GARAM:

Kaedah PERTAMA:

- Masakkan makanan yang ingin dimasak sehingga selesai. 

Contohnya: Kari Ikan..

- Akhir sekali/waktu baru masukkan garam dalam  masakan tadi serta gaulkan apabila ianya beransur suam.*
- @ Kacau air garam dan tuangkan ke dalam kuah.

Kaedah KEDUA:
- Masak makanan tanpa masukkan garam.

- Semasa makan, sediakan semangkuk garam disebelah dan taburkan diatas makanan yang ingin dimakan mengikut tahap selera masing².

"Antara amalan yang diamalkan oleh para SALAFUSOLEH ialah dengan mengambil garam sebelum jamah  makanan "

- Ia bertindak sebagai pembuka selera dan juga sebagai mineral bagi badan.

GARAM IALAH MINERAL!!

- Antara kelebihannya ialah: 

* mengubati LEBIH dari 70 penyakit serta Seseorang itu tidak akan MATI dlm keadaan mati mengejut.  

Sebarkan agar semua Org Islam sihat!!

Mengambil Berkat Penuh Keberkatan. Amal Sunah.

WallahuA'lam..والله اعلم 
♡Sharing is Caring♡

Kelebihan Dan Hikmat Ayat Seribu Dinar

Kelebihan Dan Hikmat Ayat Seribu Dinar

Ayat 2 dan 3 surah At-Talaq atau lebih dikenali sebagai ‘Ayat 1000 Dinar’ merupakan ‎amalan yang masyhur dalam hal berkaitan rezeki dan perlindungan diri. Ramai ‎yang mengamalkan ayat ini untuk tujuan meminta agar Allah SWT mengurniakan kemurahan ‎rezeki, kemudahan dan penyelasaian masalah. Tetapi haruslah mengamalkannya secara beristiqamah.
.
.
Hikmah Ayat 1000 Dinar.
Sesiapa mengamalkan ayat ini Insya’Allah akan:‎
‎1. Memperoleh kemurahan rezeki yang tidak disangka-sangka.‎
‎2. Mendapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan.‎
‎3. Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana seperti peperangan, ‎kezaliman dan bencana alam.‎
‎4. Jika berperang Insya’Allah tidak akan cedera atau binasa kecuali telah sampai ajal.‎
‎5. Allah akan menunaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan.
.
.
Sejarah Dinamakan 1000 Dinar‎
Pada zaman dahulu ada seorang pedagang lelaki yang bermimpi didatangi Nabi Khidir. ‎Pedagang itu kemudian diperintahkan untuk bersedekah wang sebanyak 1000 dinar. ‎Setelah tiga kali mengalami mimpi yang sama pedagang itu mula berfikir bahawa mimpi ‎yang beliau alami itu adalah benar. Pedagang itu pun ‎bersedekah wang sebanyak 1000 dinar, seperti yang diperintahkan. Setelah itu, sekali lagi pedagang tersebut ‎bermimpi bertemu Nabi Khidir. Lalu Nabi Khidir pun mengajarkanlah akan pedagang ‎itu ayat 2-3 surah at-Talaq untuk diamalkan. Lalu beramallah pedagang dengan ayat ‎berkenaan.‎
.
Sehinggalah pada suatu hari pedagang tersebut ingin pergi berdagang ke suatu tempat ‎yang lain dengan menggunakan jalan laut iaitu menaiki kapal. Di tengah pelayaran ia ‎dilanda angin taufan yang sangat dahsyat. Apa yang boleh dilakukan oleh pedagang itu ‎hanyalah bertawakkal pada Allah sambil terus menerus membaca akan ayat yang telah ‎diajarkan Nabi Khidir.

Akhirnya kapal yang beliau naiki pecah dipukul ombak, semua ‎penumpangnya kembali ke alam baqa kecuali pedagang tersebut. Apabila telah reda ‎angin, beliau mendapati dirinya terdampar di tepi pantai sebuah ‎negeri bersama barang dagangannya yang tidak rosak walau sedikitpun.

Sambil menadah ‎tangan mengucapkan syukur ke hadhrat Allah SWT, beliau sedar dan insaf akan kebesaran ayat ‎yang diamalkannya itu. Lalu padagang itu mengambil keputusan untuk tinggal di negeri ‎tersebut.‎

Tinggallah lelaki itu di negeri yang baru, berdagang dan berniaga dengan penduduk ‎negeri, disamping terus mengamalkan membaca ayat 2-3 surah at-Talaq, sehinggalah ‎beliau diangkat menjadi raja di negeri tersebut (rezeki yang tidak disangka-sangka). ‎Begitulah kisahnya, sehinggalah sekarang ini ayat yang diajar Nabi Khidir itu digelar ayat ‎‎1000 dinar.‎
.
.
Pendapat Ulama’
Memang kita tidak boleh menafikan kelebihan ayat 1000 dinar. Para ulama’ menganjurkan supaya mengamalkan ayat ini untuk memperolehi kejayaan atau keuntungan.

Walaupun terdapat perselisihan dan tentangan dari para alim ulama’ akan kelebihan dan kesahihan sumbernya, kerana tidak ada dalil dari al-Quran atau hadis.

Begitu pun beramal dengan ayat-ayat Allah tidak akan merugikan sesiapa bahkan Allah SWT akan mengurniakannya dengan kelebihan yang banyak.

Apabila diperhatikan kepada makna setiap ayat, memang tepat dan benar bahawa ayat ini amat penting untuk diamalkan oleh setiap umat Islam, agar lebih tinggi kebergantungan seseorang itu kepada Allah SWT dalam setiap tindak tanduk dan perbuatan.

Ayat tersebut mengandungi dua pengajaran iaitu supaya kita bertaqwa dan bertawakkal kepada Allah dalam semua urusan rezeki dan kebergantungan. Hanya Allah yang Maha Berkuasa menentukan rezeki dan jalan keluar dari sebarang masalah dalam hidup setiap hambaNya.‎ Jika keyakinan itu disematkan dihati dan fikiran maka sudah tentu Allahlah tempat penentu kesudahan.
.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
 Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah(dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya akan diberikannya kelapangan (jalan keluar dari segala perkara yang menyusahkannya).

Dan diberikanya rezeki yang tidak disangka-sangka. Dan (ingatlah), sesiapa yang bertawakal (berserah diri bulat-bulat) kepada Allah, maka dicukupkan baginya (keperluan untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala yang di kehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

– (Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)
.
.
Amalan
Ramai yang menghafal ayat ini untuk dibaca dimasa-masa yang sesuai, seperti selepas solat dan ketika berdepan masalah. Tidak kurang juga peniaga menggantung atau menampalkan pelekat ayat 1000 dinar ini di premis perniagaan mereka, dengan harapan perniagaan bertambah maju.

Walaubagaimana pun jika sekadar menampalkan ayat 1000 dinar ini di premis perniagaan, tapi solat tidak dikerjakan, amalan tidak jujur dalam perniagaan terus dibuat atau sebagainya, ini tidak bermakna kita mengamalkan ayat 1000 dinar.
.
Tujuan menampalkan pelekat itu hanyalah sebagai cara supaya kita selalu beringat untuk bertaqwa dan bertawakkal. Begitu juga kalau kita baca ayat ini beribu-ribu kali dalam sehari, sedangkan kita tidak bertaqwa dan bertawakkal, itu juga bukan cara yang betul mengamalkan ayat 1000 dinar.

Sebenarnya ayat seribu dinar adalah sebaik-baik doa untuk segala masalah. Walaupun begitu banyak doa-doa lain untuk perlindungan diri dari musibah dan ketika susah. Tetapi tidak ramai yang mampu menghafal banyak doa-doa yang khusus untuk sesuatu tujuan tersebut.

Sewaktu dalam kesusahan dan dalam keadaan darurat, ada kalanya kita terlupa, apakah doa yang hendak dibaca. Yang sebaik-baiknya ayat seribu dinar yang mudah dihafal dapat dibaca. Ayat seribu dinar merangkumi kesemuanya untuk mendapatkan rezeki yang banyak, melindungi diri dari bala dan musibah serta perlindungan dari syaitan, jin dan iblis.
.
.
Hikmat Dan Khasiat Ayat Seribu Dinar

‘Yang sakit akan sembuh, yang hitam akan putih, yang keruh akan jernih’.
Ayat ini jikalau diamalkan setiap kali lepas solat sebanyak 3 X, Insya’Allah akan beroleh seribu faedah.

Sesiapa yang beramal ayat ini Allah ta’ala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.

Jika dibacakan kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 X dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 X diberi minum, Insya’Allah si pesakit akan sembuh.
Jika mengalami masalah berat, seperti kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, huru-hara dan peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara.

Beramallah selalu dengan ayat ini selepas solat fardhu, mudah-mudahan segala kesukaran mendapat perlindungan dari Allah Ta’ala.

Jika bertempur menentang musuh, tidak binasa disebabkan terbakar, tidak lut dengan pukulan besi dan tiada mudaratdari sebarang benda yang bahaya. Hendaklah mengamalkan ayat ini dan bertawakkal kepada Allah SWT.

Baca ayat ini sesudah solat lima waktu,
Baca ketika hendak tidur tiga kali,
Baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.
.
Selepas mengetahui hikmat ayat ini, eloklah diamal, dihafal dan difahamkan maknanya sekali sebagai bekalan kita ketika menghadapi segala kesusahan dan kesengsaraan yang tidak kita jangkakan di masa mendatang.
.

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

2017 & Cara Berfikir

Assallammualaikum wrt wbt...
2017 & Cara Fikir Beragama KITA hampir menutup tirai 2016.

Tahun baharu sudah menjenguk di balik tabir. Bersedia untuk muncul bagi menyambung kitaran waktu berikutnya.

2016 bakal tersimpan dalam lipatan sejarah dengan pelbagai cerita. Lembaran tahun baharu 2017 masih lagi kosong, bersih dan terbentang luas.

Terpulanglah kepada setiap individu, lukisan kisah kehidupan bagaimanakah ingin dilakarkan pada tahun 2017 nanti.

Pilihan sentiasa ada. Peluang terbuka. Cuma, tidak pasti, adakah kita masih ada kesempatannya?

Jika hati kecil sentiasa membisik dan mendesak supaya berubah ke arah lebih baik, bertindak segera.

Usah bertangguh lagi.

Ya, waktu masih ada, bimbang waktu itu bukan lagi milik kita. Hidup dengan agama Dalam banyak perubahan yang dilakukan di tahun 2017 nanti, letakkan paling utama dan asasi ialah perubahan dalam cara kita beragama.

Bagaimana kita memahami dan mengamalkan ajaran Islam.

Seterusnya bagaimana menguruskan kehidupan di atas landasan agama.

Hidup kita tidak bernilai kecuali jika ia dikaitkan dengan sesuatu bernilai juga.

Tidak ada yang lebih bernilai dan berharga pada manusia berbanding nilai agama.

Jika hidup seseorang insan dilihat berjaya, mampu memiliki segala kesenangan, diberi pelbagai gelaran dan pangkat, tetapi jika semua itu jauh dari nilai agama tidak berguna.

Di samping kita mengejar impian hidup yang pelbagai, masukkan agenda utamanya ialah bagi menguruskan hidup ini selari dengan kehendak ALLAH SWT dan apa ditunjukkan Rasulullah SAW.

Aturlah kehidupan ini dengan acuan agama. Apabila agama menjadi acuan kehidupan, bentuk yang dihasilkan juga ada nilainya di sisi agama.

Ketika itu, dakilah setinggi mana pun kejayaan, kumpullah sebanyak mana pun kekayaan, dapatlah sepanjang mana pun pangkat dan gelaran, semua itu akan mampu membawa balik pemiliknya untuk tunduk dan lebih dekat kepada Tuhan.

Acuan agama yang mana perlu kita guna?

Hari ini, semua pihak ingin mengaitkan ajaran, seruan, amalan, gaya pemikiran sehinggalah produk jualan dengan nama agama. Ada yang betul dan diyakini ia benar daripada ajaran agama. Ada banyak juga yang menimbulkan tanda tanya, adakah begini cara yang diajar agama?

Tidak ada jalan yang paling pasti dalam beragama, melainkan kita perlu kembali kepada seruannya yang asal lagi tulen.

Sebagaimana ia diturunkan kepada Rasulullah SAW lalu Baginda SAW sampaikan kepada sahabat, seruan yang sama juga kita perlu pelajari, fahami dan mengamalkannya.

Kembalilah kepada ajaran agama yang asal. Tanpa ada tokok tambah.

Walaupun yang ditokok tambah itu kelihatan seperti baik, tetapi jika tidak bersumberkan apa yang disampaikan Rasulullah SAW lebih baik ditinggalkan.

Jika yang dikaitkan dengan agama tetapi tidak ada asal sumbernya, dilakukan dengan alasan "apa salahnya, inikan perkara baik", maka kita katakan kepada mereka, jika ia sesuatu yang baik, sudah tentu Rasulullah SAW dan sahabat lebih awal mendahului kita mengamalkannya.

Ini kerana, tidak ada satu pun perkara baik dalam beragama, kecuali sahabatlah golongan yang bersungguh mengamalkannya, lalu mempertahan dan menyebarkannya.  

Ubah cara faham agama 2017 adalah tahun untuk kita semarakkan lagi perubahan dalam cara memahami ajaran agama.

Bersihkan Islam dari seruan yang tidak ada asal usulnya.

Kekuatan Islam terletak kepada kekuatan dalil dan hujahnya.

Apa sahaja yang hendak dikaitkan dengan Islam, bentangkan terlebih dahulu dalil dan hujah daripada al-Quran dan sunnah.

Sesiapa sahaja boleh bercakap mengenai apa sahaja yang dikaitkan dengan Islam asalkan ia berlapik dengan dalil dan hujah yang sahih.

Bukan hanya ustaz yang boleh bercakap perihal Islam. Namun, jika yang digelar ustaz bercakap sesuatu yang dikaitkan dengan Islam, tetapi gagal mendatangkan sumbernya yang sahih, kita perlu bertanya dan memohon penjelasan daripadanya.

2017 bukan lagi tahun yang kita perlu mengikut sahaja apa yang keluar dari mulut ustaz dan tok guru.

Dalam beragama, kita ingin beramal dengan sesuatu yang pasti dan diyakini.

Bertanyalah dengan beradab,  mohon kepastian  di manakah sumbernya.

Zaman sekarang bukan lagi zaman orang ramai menadah telinga dan menelan bulat-bulat apa yang disebut ustaz berkenaan.

Bukan lagi zaman kita berfikir "dia ustaz, tak kan la apa yang dia sebut tak betul?".

Bukan juga zaman ustaz dengan mudah menyebut "jangan banyak bertanya, siapa banyak bertanya, lemahlah imannya". Gelaran ustaz dan tok guru bukanlah jaminan menjadikan apa disebutnya betul belaka. Ia terdedah kepada kesilapan.

Sandaran kepada dalil yang sahih adalah langkah terbaik. Sikap dan prinsip kita untuk menerima sesuatu yang sahih saja adalah langkah pertama dalam membentuk budaya ini.

Wacana agama matang 2017 juga tahun yang kita perlu suburkan lagi wacana agama merentasi mazhab, bangsa dan negara.

Terutamanya dalam bab fiqh.

Ia perlu dibahaskan dalam konteks meluas. Tidak terikat dengan satu mazhab dan melihatnya dalam konteks umat Melayu sahaja.

Apabila perbahasan berkenaan isu diulas dari sudut agama dengan sudut pandang yang lebih luas, menjangkaui batasan mazhab, bangsa dan negara, barulah pandangan tersebut dilihat lebih praktikal, indah dan tidak asing dengan kehidupan manusia.

Selari dengan prinsip pengutusan Rasulullah SAW yang membawa rahmat buat sekalian alam.

Kadang-kadang perbincangan sesuatu isu berkaitan agama menjadi sensitif, tegang, jumud, ketinggalan zaman dan menimbulkan perbalahan kerana dilihat dalam konteks yang sempit.

Hanya mengambil kira pandangan satu mazhab. Masih terikat dengan tradisi masyarakat Melayu dan diulas pula mereka yang tidak berfikiran matang dalam menguruskan perbezaan pandangan.

Lalu, apabila ada pihak yang mengulas sesuatu isu agama dengan membawa pandangan yang luas, sahih dan praktikal, mereka sukar menerimanya. 

Ditolak mentah-mentah dengan alasan "tak pernah dengar pun" atau "ini bukan cara kita" atau "orang dulu-dulu tak sebut pun macam ini" dan pelbagai lagi alasan berbunyi. Lebih malang, apabila sukar memahami perbahasan, jalan mudah menghadapinya ialah diberikan label tertentu dengan konotasi negatif.

Bagi yang berkedudukan dan ada kuasa, digunakan pula kuasa menyekat dan menghalang perbincangan ilmiah tanpa alasan matang.

Jadi, tahun baharu ini mesti menjadi titik tolak untuk disemarakkan perbincangan isu agama dengan luas, adil dan matang.

Agenda 2017 juga harus dimasukkan dengan aktiviti mendalami ilmu agama dengan metodologi ilmiah.

Ilmu Islam mempunyai disiplin dan prinsip yang sangat kuat. Pilihlah majlis kuliah yang menekankan prinsip dalil, sumber yang sahih, fiqh taysir (fiqh yang memudahkan), cara berdalil yang betul dan dengan rujukan diiktiraf.

2017 mesti digerakkan kuliah dan program agama berkualiti.

Bukan sekadar dihidangkan lawak jenaka dan bergelak ketawa sepanjang masa.

Habis kuliah, pendengar lebih ingat tentang lawak jenaka ustaz, berbanding ilmu yang didapati.

Negara kita tidak kurang dengan ilmuwan berkualiti dan mempunyai latar pendidikan tinggi.

Tetapi, mereka tidak dikenali kerana kurangnya publisiti.

Mereka ini  sepatutnya diangkat dan diketengahkan kepada masyarakat.

Ucapkan selamat datang buat 2017.

Semoga kehadirannya memberi sinar baharu buat kehidupan.

Tahun baharu dengan cara fikir baharu bagi membina hidup baharu.

Hidupkan agama dan bina kehidupan dengan nilai agama.


 Himpunan koleksi kata-kata dikongsi bersama Jemaah A.I.M

➡ Penulis ialah Jurulatih Kanan & Motivator di Akademi magnet Sukses. Graduan Ijazah Sarjana Kuliyah Ilmu Wahyu, UIAM

Sunday, 1 January 2017

Gangguan apakah semua ini? Kenapa Aku dipilih?




Assalamualaikum wrt wbt,

                    Hari ni aku nak kongsi kisah cerita aku, kisah gangguan  yang selama ni benar-benar membuat aku tertekan. Sifat-sifat diri aku yang kadang kala menjadi marah, malas dsb nya telah menjadi satu lonceng buat isteri aku 4 tahun (2012) yang lalu. 
                    Dia seakan dapat merasakan ada sesuatu yg tak kena pada diri aku. Dari situ mulalah expedisi aku dan isteri mencari rawatan. Banyak tempat kita pergi dan banyak perawat-perawat dari segala sudut cara perubatan aku mencuba. Yang rumitnya banyak juga feedback dan pandagan yg berbeza aku terima. 
                     Hari berganti hari, bulan berganti bulan tahun berganti tahun... keadaan aku ketika tu semakin parah... Semangat aku nak kerja semakin hilang. Aku semakin jauh dan terus hanyut tentang agama. Sehingga ke tahap aku lupa macamana nak solat. Buat benda-benda bodoh, nak bunuh diri dan paling teruk ada ketika aku minum clorox (Astaghfirullahalazim tak ada air lain ke nak minum?)
                            So pada satu hari tu, isteri aku ajak berubat kat Negeri Sembilan. Kita cuba pulak cara Rawatan Islam disana. Bagi isteri dia memamg tidak pernah putus asa ingin aku pulih. Kat mana dia rasa dia cuba pasti dia akan bawak aku untuk berubat. Bila kat sana. Aku di ruqyah kan. Nah apa jadi? Tengok Video ni. Aku semakin runsing dan semakin keliru. Gangguan apakah semua ni? 

Disana aku dilihatkan senarai2 tanda tanda gangguan.

Berikut adalah antara simptom-simptom yang menunjukkan seseorang itu telah terkena atau adanya gangguan Jin dan Syaitan (angkara Sihir, Saka, Lintasan atau A'in) :

Badan terasa berat / lemah / panas / sejuk tanpa sebab munasabah.
Badan terasa bisa-bisa / gatal / miang tanpa sebab klinikal.
Batuk yang berpanjangan tanpa sebab klinikal.
Bau nafas yang terlalu busuk
Bau wangian / busuk / hanyir / hangit yang tidak diketahui puncanya
Bayi kerap menangis
Belakang tengkuk / bahu terasa berat
Benda bergerak / berubah tempat dengan sendirinya tanpa sebab munasabah
Bermimpi bayi / kanak-kanak
Bunyi air pili dibuka di tandas /bilik mandi
Bunyi perabot / benda berat / tukul besi diseret / dihempas di rumah atas (flat,apartment, condo)
Bunyi guli / bola ping-pong / menumbuk dengan lesung di rumah atas (flat, apartment, condo)
Bunyi orang berjalan di dalam / tingkat atas rumah
Bunyi pasir jatuh di atas syiling atau bumbung rumah
Bunyi sesuatu mencakar bumbung / pintu / tingkap
Darah haid turun lebih dari 15 hari
Gagal melakukan hubungan kelamin tanpa sebab munasabah
Gelisah dan panas di tengkuk bila dengar bacaan Al-Quran
Hujung jari kaki / tangan sering terasa menyucuk / kebas
Kaki atau tangan berasa berat
Kaki, tangan atau anggota badan lain terasa panas
Kemurungan yang berpanjangan
Kerap berdebar / takut / gagap / sesak nafas
Kerap keguguran
Kerap sendawa bila mendengar Al-Quran
Ketumbuhan ganjil pada anggota badan
Kuat berangan / berkhayal / hilang daya tumpuan
Lampu / alat elektrik terpadam dengan sendirinya
Loya / sebu perut tanpa sebab klinikal
Malas mengerjakan Solat dan beribadat
Marah secara keterlaluan / panas baran
Melihat lembaga / jin / hantu secara terus
Mendengar suara berbisik / menyergah / memanggil nama
Mengantuk bila dengar Al-Quran
Mengunyah gigi sewaktu tidur
Mimpi jatuh dari tempat tinggi, melayang atau terbang
Mimpi makan
Mimpi ular, kelawar, lembu, anjing, serigala, gajah, harimau dan binatang buas
Mimpi apa jua yang menakutkan
Mimpi serangga berbisa seperti lipan, kala jengking, labah-labah dan sebagainya
Mimpi tempat yang kotor; seperti tandas, longkang dan sebagainya
Nafsu seks yang melampau / tidak normal
Nampak kepulan asap hitam / putih dalam rumah / bilik / premis perniagaan
Pelupa / Nyanyuk tanpa sebab klinikal
Pintu / Tingkap bergegar / terbuka dengan sendirinya
Ragu-ragu tentang keimanan diri / ingin murtad
Sakit / takut ketika ziarah orang meninggal
Sakit bebola mata
Sakit di bahagian ulu hati, tulang rusuk, pinggang atau belikat tanpa sebab klinikal
Sakit jiwa / mental / gila
Sakit kepala, dada, tangan atau kaki selepas waktu Asar ke atas
Sakit perut tanpa sebab klinikal
Sakit tapak kaki / tumit yang berpanjangan
Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali
Selalu ditindih / dicekik ketika tidur
Selalu melihat kelibat / bayangan di rumah
Sering kehilangan wang secara tiba-tiba
Sering pengsan tanpa sebab klinikal
Sering terjaga di waktu malam / tengah malam
Sesuatu menyentap kaki semasa sedar atau tidur
Sikap berubah secara tiba-tiba (kepada yang negatif)
Suami isteri / penghuni rumah / pekerja kerap bertengkar walaupun perkara kecil
Suka bangun tidur selepas tengahari
Suka bercakap besar, takbur, riak dan bangga-diri
Suka bercakap seorang diri tanpa sebab munasabah
Suka berbuat maksiat
Suka melihat diri di dalam cermin
Suka menggulung rambut dengan jari
Suka mengingati / bercakap tentang perkara-perkara lucah
Suka tidur di dalam keadaan berbogel dan meniarap
Suka melakukan onani / gemar pada pakaian dalam orang lain
Suka tidur pada siang hari
Sukar mendapat jodoh
Sukar mendapat zuriat
Sukar tidur malam
Tanda lebam pada anggota badan
Terasa ada lembaga tidur bersama / bersetubuh / menganggu / berdialog ketika tidur
Terasa benda bergerak-gerak di bawah kulit
Terasa diri selalu diperhatikan / diekori
Terlalu rasa rendah diri / tidak berkeyakinan / hilang semangat
Terasa bahu ditepuk dari belakang
Terasa terkena renjisan air
Udara di dalam rumah / premis perniagaan berasa mampat dan sebagainya lagi...
Pergh Banyak betul simptom-simptom yang aku ada ni.. Antara yang paling kerap aku alami salah satunya

Mimpi jatuh dari bangun tinggi
Sikap Berubah secara tiba-tiba
Mengantuk mendengar bacaan AL Quran
Kerap berdebar / takut / gagap / sesak nafas...

                     Sejak tu aku jadi bertambah runsing... Apakah yang sebenarnya berlaku atas diri ku? Bermula lah aku tertanya-tanya mana datang semua saka@jin

                     Aku terus dan terus berusaha merawat diri aku. Pelbagai keadaah aku buat untuk pulihkan diri aku. Namun aku gagal seketika. Gangguan2 tu tetap kembali mengahantui aku...

                     Banyak kali aku di ruqyah kan dan setiap kali diruqyahkan ada kalanya ada tindak balas nya. Sampaikan ada ketika tu aku cekik perawat tu bila dia sedang ruqyah kan aku. Entah macamana aku begitu lemah untuk melawan segala hasutan-hasutan jin tersebut. Yang terkini aku bersikap seperti Harimau sedang marah. Sesuatu yang benar-benar diluar jangkaan ku.. Ya Allah.. Apa dah jadi ni? 

                   Sekarang aku masih lagi terus dan terus kena kuat lawan. Aku tidak boleh biarkan ini terus berlanjutan. Aku kena yakin. Aku kena kuat dan aku harus lebih lagi dekat pada pencipta ku iatu Allah Swt.  Aku yakin satu hari nanti ada sinar yang kembali menyinar dalam hidup aku. Yakin akan ada penawarnya. Insya Allah.

Bawah ni adalah rakaman yang terkini rawatan susulan yang dilakukan.

Ada masa, aku akan cerita lagi kisah pengalaman aku, bukan apa, aku anggap ini adalah salah satu cara untuk merawat diri ku sendiri juga.
Sekian terima kasih.